Latar belakang Hatake_Kakashi

Kakashi merupakan salah seorang dari Jonin dari perkampung ninja Konoha di Negara Api. Kakashi juga merupakan pemimpin terkini dalam Pasukan 7 yang pada awalnya terdiri daripada Uzumaki Naruto, Haruno Sakura dan juga Uchiha Sasuke. Dia juga turut dikenali di persada dunia ninja dengan gelaran "Ninja Peniru Kakashi" ataupun "Sharingan Kakashi" kerana kebolehan yang diperolehnya melalui mata Sharingan pada mata kirinya. Mata ini telah membantunya meniru sekurang-kurangnya 1000 jurus ninja sewaktu pertempuran. Namun demikian, mata Sharingannya bukanlah miliknya tetapi mendiang kawan karib dan rakan seperjuangannya Uchiha Obito.

Fail:Kakashiblushing.jpgKakashi membaca novel dewasa

Walaupun Kakashi mengatakan dalam episod 3 bahawa dia mempunyai banyak hobi, cuma satu sahaja yang sering dilakukannya iaitu membaca novel dewasa ""Icha Icha Paradise" (イチャイチャパラダイス, Icha Icha Paradaisu, ataupun "Syurga Asmara") hasil karya Jiraiya yang terkenal di dalam dunia Naruto. Kakashi sering dilihat membaca novel ini sewaktu menjalankan misi bersama Pasukan 7 dan dalam Naruto: Shippudden, Kakashi dilihat pula membaca siri ketiga novel tersebut yang bertajuk "Icha Icha Tactics".

Kakashi mempunyai pertarungan yang nampaknya tidak akan berakhir dengan Maito Gai; Gai sentiasa mengisytiharkan Kakashi sebagai lawannya dan selalu mengajaknya bertanding. Sikap bena tak bena Kakashi pula sering membangkitkan ketidakpuasan Gai. Sehingga kini, Kakashi telah memenangi 49 daripada 99 cabaran yang dimulakan oleh Gai. Jelas sekali, Gai amat bangga terhadap kejayaannya. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan merangkumi larian pecut 100 meter, sumo, makan ramen dan juga 'Batu, Kertas, Gunting'.

Kehidupan peribadi Kakashi adalah suatu misteri yang belum dapat disangkal. Misalnya, wajah sebenar Kakashi masih belum diketahui kerana sebahagian besar mukanya disembunyikan di sebalik topeng. Dia tidak mempunyai sanak saudara dan telah mengatakan bahawa orang yang disayanginya telah pun meninggal dunia. Kakashi pernah disalah sangka sebagai "Taring Putih Konoha", Hatake Sakumo (sebenarnya, Kakashi merupakan anak kepada Taring Putih Konoha). Dalam episod 101, Pasukan 7 cuba sedaya-upaya untuk menanggalkan topeng Kakashi tetapi tidak berdaya. Namun, dipercayai wajahnya agak tampan jika mengambil kira reaksi Ayame dan ayahnya yang berjaya melihat rupa sebenar Kakashi ketika Kakashi makan ramen.